Menuntut Ilmu ..

Janganlah kita menuntut ilmu semata-mata untuk menjawab soalan dalam peperiksaan, tuntutlah ilmu kerana Allah S.W.T

Friday 21 September 2012

Cinta Nabi Muhammad SAW kpd umat akhir zaman :

Kata nabi saw umatku diakhir zaman mereka tidak pernah melihat wajahku, mereka tidak pernah mencium dahiku, mereka tidak pernah bersalaman dgnku, mereka tidak pernah hadir dalam majlisku tapi hati dan jiwa mereka sentiasa kasih kepada ku maka aku lebih layak kasih kepadanya. Itulah ucapan Nabi Muhammad saw, betapa kasihnya nabi di umat akhir zaman in
i . Rasulullahsaw menghembus nafas yg terakhir dan sebelum nabi mengembus nafas yg terakhir nabi menyebut ummati3 ( umatku3 ) itulah ucapan nabi saw. Lalu, Aisyah bertanya Ya Rasulullah bagaimana sakitnya sakaratulmaut, Rasulullah berkata wahai aisyah sakitnya sakaratulmaut ini lebih sakit daripada sakit biasa dgn 70 kali ganda kesakitan. Dengan 70 kaliganda kesakitan “ anda biasa sakit apa, anda gandakan lagi dengan 70 dan begitulah Nabi saw merasai kematian “. Kalau nabi buleh rasa dengan 70 ganda sakit yg biasa, apatah lagi kita Umat nabi Muhammad saw yang ingkar dengan perintah Allah, Yg selalu meninggalkan perintah Allah, Yang cuai dgn perintah Allahtaala, yg tidak patuh dgn hukum Allah, yg menderhakai keduaibubapa, bagaimana nasib kita jikalau malikilmaut datang menjemput nyawa kita hari ini ? Bagaimana rasa kita ? nak lari dari kematian tidak boleh dan kematian itu satu ketetapan “datangnya kematian itu Kata Allah sikitpun tidak akan terlewat dan tidak sikitpun awal dan tepat pada masanya “ ( ayat al-quran ).

Ustaz Khairul Ikhwan

"When people talk bad about us, but we never harass their lives, that's a sign that our lives really are more beautiful than them". [Sheikh Habib AA] 
Better to have an enemy who slaps you In the face than a friend who stabs you in the back...

copied from Tuan Muhammad Khalif 

Sheikh Naim _ At Tahrim ( Beatiful Quran recitation )

Thursday 13 September 2012

Bersabda RasululLah s.a.w: "Wahai sekelian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka ALLAH akan mencari keaibannya. Sesiapa yang ALLAH cari keaibannya, maka ALLAH akan mendedahnya sekalipun di rumahnya. (Hadis sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Friday 9 March 2012

Beruntunglah orang yang menyibukkan dirinya dengan kesalahan dan kelemahan sendiri.

Sham Kamikaze..

Wednesday 7 March 2012

‎"Demi ALLAH.. Seandainya Jenazah Yang Sedang Kalian Tangisi Boleh Berbicara Sebentar, Lalu Menceritakan ( PENGALAMAN SAKARATUL MAUTNYA ) Pada Kalian, Nescaya Kalian Akan Melupakan Jenazah Tersebut Dan Mulai Menangisi Diri Kalian Sendiri...'' 

- IMAM Al-GHAZALI-

Monday 5 March 2012

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (H.R. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Sunday 4 March 2012

KHULAFA AR_RASYIDIN

Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifahsebelum.[1][2][3] Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:
Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

KAITAN: 
Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin.
Hassan bin Ali
Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.
Umar bin Abdul Aziz
Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І (Saidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah. Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan bin Ali dan disalah anggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.
Namun begitu para ulama' bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Abu Bakar
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali antaranya ialah golongan Syiah. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.
Beliau wafat pada tahun 634.

Khalifah Umar al-Khatab

Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Umar Al-Khatab
Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan MesirPalestinSyriaAfrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera & membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanaman dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah.


Khalifah Uthman Affan

Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Uthman Affan
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik & urusan dagangan
Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.
Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.

Khalifah Ali bin Abu Talib

Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Ali Abi Talib
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam iaitu Perang Jamal (Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Aishah binti Abu BakarZubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah yang mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.
Saidina Ali wafat pada tahun 661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh 
                                        Khalifah Abu Bakar (11-13H/ 632-634M)
.  Riwayat Hidup
.        nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
.        lahir 2 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
.        keturunan Bani Tamim
.        digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Israk dan Mikraj
.        orang pertama memeluk Islam
.        seseorang yang jujur, pekerti baik dan perangai yang terpuji
.        wafat 23 jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah

                Khalifah Umar Bin Al-Khattab (13-23H/ 634-644M)
 Riwayat Hidup
.        nama sebenar Umar bin Al-Khattab bin Naufal
.        lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w.
.        berketurunan Bani A’dy
.        digelar Al-faruk bermaksud “Pemisah antara kebenaran dengan kebatilan”
.        terkenal sebagai seorang yang berani, tegas dan berterus-terang
.        memeluk Islam tahun ke6 selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
.        wafat akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun


                  Khalifah Usman Bin Affan
.  Riwayat Hidup
.        dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
.        berketurunan Bani Umaiyah
.  sejak kecil terkenal dengan peribadi mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan dan memiliki      semangat jihad yang tinggi
.      digelar Zunnurain kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah
.  wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak


               Khalifah Ali Bin Abi Talib
.  Riwayat Hidup
.        nama penuh: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
.        lahir tahun ke10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
.        bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam
.        kanak-kanak pertama peluk Islam
.        wafat 40 Hijrah setelah memerintah kira-kira 5 tahun


                 Dasar Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin
.  undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan al-Quran dan sunnah
.  khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad
.  khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil
.  khalifah adalah ketua negara
.  gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
.  pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan negara
.  rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah

                Pembaharuan Dalam Pentadbiran Negara
  Majlis Syura
ahli syura dikenal sebagai ahli ‘Al-Hallu Wal-Aqdu” yang bermaksud pandai menghurai dan membuat keputusan. fungsi Majlis Syura pada zaman Rasulullah s.a.w. amat terhad kerana keputusan yang dibuat Rasulullah s.a.w. adalah daripada wahyu kecuali beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabat pada zaman khalifah Umar, satu Majlis Syura khas ditubuhkan yang bertanggungjawab menentukan pelantikan khalifah. Majlis ini terdiri daripada sahabat Rasulullah s.a.w.

 Pentadbiran Wilayah
 Umar telah mewujudkan jawatan gabenor bagi setiap wilayah Islam yang baru dibuka.
Gabenor bertanggungjawab memerintah dengan adil. Jawatan baru diperkenalkan bagi memantapkan pentadbiran negara seperti ketua setiausaha, pegawai polis, ketua hakim, dan pegawai cukai

                  Polisi Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin
.  Polisi Khalifah Abu Bakar
 memerangi golongan murtad iaitu golongan yang terpengaruh dengan nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah s.a.w. melantik khalifah selepasnya bagi memelihara perpaduan supaya tidak timbul perselisihan untuk melantik khalifah selepas beliau meninggal dunia

 Polisi Khalifah Umar
 beliau menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera Islam.
 tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali mendapat keizinan khalifah
  Polisi Khalifah Usman
  memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad demi menyebarkan agama dan memperluas pengaruh Islampara sahabat tidak dilarang meninggalkan kota Madinah. melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal. menetapkan al-Quran dibaca menggunakan lahjah Quraisy. melantik gabenor dalam kalangan Bani Umaiyah tapi masih mengira kelayakan dan kepimpinan

  Polisi Khalifah Ali
 menukarkan pegawai yang berketurunan Umaiyah yang dilantik pada zaman khalifah Usman
. meneruskan Majlis Syura walaupun mendapat tentangan daripada golongan Khawarij





Garis masa Khulafa al-Rasyidin

Dimaklumkan bahawa catatan masa tahun-tahun pemeritahan khalifah tidak berlaku pada hari pertama tahun baru.





Kronologi Khulafa al-Rasyidin

Friday 2 March 2012

‎"Iman orang itu hebat dipandang pada hati dia, selagi luaran dia tak betul hati dia pun tak betul. Ada something wrongs."

( Ustaz Hazlin )

Thursday 1 March 2012

‎                                                                  3 perkara yg buatkan semua orang benci kita :
- suka berdalih
- tak boleh di tegur
- keras kepala

Ustaz Azhar Idrus

Thursday 16 February 2012

Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
... ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.

Thursday 9 February 2012

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
Tahanlah diri jika seseorang menceritakan kelebihan dirinya sendiri, tak perlu ikut sibuk menceritakan diri kita sendiri agar nampak lebih dari dia. Biarlah dia bahagia dengan ceritanya."
9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
LuQManuL HakiM pErnAh bErkAta bAhawa....

1) IngAtLah BAik OrAng pAda kitA..
2) LupAkanLah BAik kitA pAda OrAng..
3) INgatLah jAhat kitA pAda OrAng..
4) IngAtLah BAik OrAng pAdA kitA......

saMa2 kita RenUngkan kAta2 ini... =)

Friday 3 February 2012

“Patutkah kamu menyuruh orang membuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal.”
(Surah al-Baqarah. ayat: 44)